Search

MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Tahun 1992, pukul 7.00 pagi. Kali pertama menjadi pembonceng motosikal yang ditunggang ayah untuk pergi ke sekolah. Perkara yang selalu dititikberatkan ayah, pastinya tentang keselamatan. Panjang celoteh ayah tentang kepentingan memakai pakaian yang sesuai dan perlindungan yang tepat. Waktu itu juga penulis berpeluang memakai helmet MS88. Sebelum itu hanya melihat ayah, atuk dan pakcik-pakcik memakainya.

Lay 5 1 1 540x272 - MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Cukup ringkas rekaannya tapi memang betul cakap ayah, MS88 benar-benar buat sesiapa yang memakainya rasa selamat. Kemas terletak di kepala. Warnanya pun tidak menyakitkan mata. Pilihan peribadi penulis, tentulah warna hitam. Belum pun sampai seminit perjalanan, kami disapa beberapa penunggang motosikal lain dan juga kawan-kawan satu sekolah. Wah, semuanya memakai helmet MS88 yang membuatkan penulis sebagai seorang remaja rasa hebat dan teruja.

Lay 4 1 540x272 - MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Kembali ke masa kini, tahun 2022. Memori kali pertama memakai helmet MS88 masih melekat kuat apatah lagi selalu ditemukan dengan penunggang-penunggang motosikal yang memakai helmet pilihan rakyat Malaysia ini. Tiada apa yang berubah. Rekaannya tetap kekal ringkas. Warna yang dilayangkan ke atasnya masih menarik. Sudah lebih 40 tahun sejak diperkenalkan di pasaran pada penghujung 1970an, MS88 kekal menjadi pilihan ramai.

Lay 3 1 540x272 - MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Persoalannya, kenapa helmet yang tidak pernah berubah penampilannya ini masih terus bertahan?Apa yang membuatkan MS88 begitu dekat dengan rakyat Malaysia? Di tengah-tengah persaingan pelbagai jenama yang datang dengan bermacam-macam fesyen, dilengkapi ciri-ciri terkini serta disuntik teknologi canggih, MS88 kekal menjadi pilihan!

Lay 2 1 540x272 - MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Keasliannya. Original. MS88 kekal asli dan tidak terikut-ikut tetapi menjadi ikutan kepada beberapa pengeluar helmet yang lain. Bahan yang digunakan dan keutamaannya memberikan fokus terhadap keselamatan pengguna sehingga diberikan pensijilan SIRIM. Disebabkan itu, ada pihak berani menciplak dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang yakin terhadap kualiti serta prestasi helmet MS88.

Lay 1 1 540x272 - MS88: Kekal Asli, Tidak Terikut-Ikut Tetapi Menjadi Ikutan Pengeluar Helmet Lain

Kalau anda masih ingat, sekitar bulan Februari 2015, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pernah mengharamkan helmet MS88 kerana tidak mematuhi pensijilan UNECE R22 (E marking) atau MS1 (logo SIRIM). Bukan semua tetapi MS88 yang telah diciplak serta logo SIRIM telah ditiru. Para pengguna disarankan untuk menyemak nombor pensijilan MS1 (pelekat SIRIM) terlebih dahulu sebelum membeli MS88 yang asli dan selamat.

Sebagaimana yang disebut awal tadi, MS88 merupakan helmet buatan Malaysia yang kekal dengan ciri-ciri keasliannya sejak 40 tahun yang lalu. Ia masih kekal bertahan dan terus menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kini dan selamanya? Tidak mustahil!

Sebarang pertanyaan  atau penjelasan berkaitan MS88, sila layari :https://www.msplastics.com.my/products/helmets/